Thursday 27 September 2012

REFLEKSI

       Apabila dapat tugasan untuk membina blog rasa macam susahnya. Alasannya satu sahaja sebab tidak tahu apa-apa langsung tentang selok-belok membina blog. Saya hanya guna fungsi komputer untuk menaip, simpan data, scan dan cetak. Tidak lebih daripada itu. Perkara pertama yang saya lakukan ialah pergi ke kedai buku cari buku panduan. Alhamdulillah dapat sebuah sahaja sesuai dengan budget.  Saya cuba ikut buku tetapi gagal. Selepas itu, saya guna enjin pencari google dan cuba cari sesiapa yang boleh beri panduan macam mana hendak membina blog. Taip  " macam mana nak buat blog" dalam enjin pencari terus keluar banyak sangat panduan cara-cara membina blog. Leganya hati. Lepas ini mesti dah tak susah nak buat benda lain lagi berkaitan blog sebab semua ada bila kita dah pandai layari internet ni. Satu persatu cara yang diajar saya ikut. Alhamdulillah, akhirnya terhasillah sebuah blog "INDAHNYA BAHASA". Ini lah blog pertama saya selepas entah berapa kali melalui proses ` search, cut, edit, delete, copy, paste, dan sebagainya. 

      Dengan terhasilnya blog ini, timbul  pula satu masalah . Nampak kosong. Jangan kata orang lain hendak melihat blog saya, saya sendiri nak tengok pun macam tidak bersemangat. Cari pula pada blog-blog lain untuk memeriahkan blog saya. Selepas interaksi ke-5, pensyarah ada memberi contoh blog ` Cikguani.blogspot. Saya pun cuba buka blognya. Alamak, malunya pada diri sendiri.  Memang cantik dan penuh informasi dengan gadget dan widgetnya. Rasanya saya juga inginkan  benda yang sama dalam blog saya. 

Apa yang terhasil sekarang semuanya hasil susah payah berjam-jam mengadap komputer mencari bahan-bahan dan gadget-gadget yang patut ada dalam sebuah blog. Alhamdulillah saya  berpuas hati dengan hasil yang saya dapat setelah penat lelah selama ini kerana saya sedar pengetahuan saya terhadap dunia langit terbuka ini sangatlah terhad. Keluarga, kawan-kawan seperjuangan dan saudara saya menjadi mangsa pertanyaan saya dalam menghasilkan blog yang sepatutnya ini. Saya percaya pada pepatah yang mengatakan hendak seribu daya, mahu seribu cara. Tepat sekali perpatah itu. Kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya. Kini ruyung saya sudah pecahkan, cuma sagunya masih belum dikeluarkan sepenuhnya. Saya akan berusaha dari semasa ke semasa supaya orang lain juga boleh berkongsi segala informasi semasa yang terdapat dalam blog saya.

Oleh itu, saya dengan rasa rendah diri, memohon ampun dan maaf kepada semua orang yang telah saya susahkan demi blog ini. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang sentiasa sabar dengan karenah murid-murid purba seperti kami ini. Terima kasih cikgu. Jasa mu dikenang
Semoga Allah merahmati hidup kalian semua. Amin

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment