ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Penggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa
adalah menjadi kesalahan untuk:
5.1
Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ( unsolicited advertisement/ spam
) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (
deceptive marketing).
5.2
Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing), iaitu secara sengaja
membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz
besar.
5.3
Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (
newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.
5.4
Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan mengelirukan penerima.
5.5
Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta
intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya
atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
5.6
Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna individu, kumpulan atau
organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerohohan:
a)
Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau
rangkaian komputer milik orang lain.
b)
Menghalang identity pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana
komputer atau rangkaian milik orang lain.
c)
Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host ( to crash the host
).
5.7
Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak
atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
5.8 Melaksanakan sebarang
bentuk pemantauan rangkaian ( network monitoring ) bagi mencuri atau
memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.
|
Sumber rujukan: http://www.smksgpusu.net/ict/etika.htm
No comments:
Post a Comment