1. Penggunaan kata kunci atau terma
yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila
sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih
alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci
atau terma yang sangat spesifik dan unik.
2.
Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk
memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan
carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai
beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau
penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa
keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita
menggunakan kata carian berkenaan haiwan, merpati. Maka segala yang berkaitan
dengan merpati akan dipaparkan seperti Merpati Trading, nama bagi sebuah
syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak
merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Trading -
Mer dan lain-lain.
3. Penggunaan tanda pengikat kata ("
") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi
segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang
berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan
paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam
sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau
carian perkataan, "Berpantang Maut Sebelum Ajal".
4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil.
Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan
huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan
perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah
sama dalam enjin carian.
*Kerjasama
*kerjasama
*KERJASAMA
nKerjasama
nkerjasama
5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan
tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan
kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda
seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian
akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata
(" ").
6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma
kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian
dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian
pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item
yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma
carian. Fungsi AutoComplete ini
bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar
web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa
Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti flowers, tested, running dan lain-lain. Lebih baik
menggunakan perkataan asas seperti flower, test, run dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan
paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian. Namun begitu, sekiranya carian maklumat
memerlukan perkataan watching.
Gunakan perkataan watching dalam carian maklumat kita.
8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web
seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah
kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita
menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang
perlu kita fokuskan satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari
sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita
mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web
tersebut.
9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan
pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai
maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti
berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti
Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan
ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh
membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu
bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut
kepada rakan taulan.
10. Perincikan carian maklumat yang dibuat.
Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan
kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan
maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan
abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is,
are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut
boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant
+and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan
perkataan tersebut termasuk perkataan and.
nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda
ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan
tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu,
tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini
terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML,
CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.
nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk
mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui
seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk
sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan
segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan
yang lain.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan
untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai
contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut
tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu
daripada perkataan carian tersebut.
nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian
yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan
jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 ..
2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.
nPenggunaan carian pintar atau Advanced
Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop
carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan
mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.
nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga
merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang
lebih spesifik pada sesuatu perkara.
Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian
Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
LAIN-LAIN PAUTAN BERKAITAN TIP MENGGUNAKAN ENJIN CARIAN. Sila layari :-
Sumber Rujukan :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm
LAIN-LAIN PAUTAN BERKAITAN TIP MENGGUNAKAN ENJIN CARIAN. Sila layari :-
3.http://blog.hubspot.com/blog/tabid/6307/bid/1264/12-Quick-Tips-To-Search-Google-Like-An-Expert.aspx
No comments:
Post a Comment