Saturday 22 September 2012


                 
                  NILAI-NILAI YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG BERJAYA

                Keinginan - Motivasi datangnya daripada keinginan membara untuk mencapai maksud atau sesuatu. Apa juga yang difahami dan dipercayai oleh pemikiran seorang manusia, ianya boleh dicapai. “Keinginan membara” adalah titik permulaan kapada semua pelaksanaan. Umpamakan seakan api yang kecil tidak memberikan kehangatan yang tinggi, samalah “keinginan yang lemah” tidak akan memberikan hasil yang hebat.
1.     Komitmen – Kejujuran dan kebijaksanaan merupakan dua sokongan untuk membina dan memelihara komitmen. Kejujuran ialah melaksanakan komitmen meskipun anda kehilangan sesuatu yang berharga dan kebijaksanaan ialah tidak melakukan tugasan bodoh. Bila kita bermain untuk menang, kita bermain dengan semangat dan komitmen. Tetapi bila kita bermain untuk tidak kalah, kita bermain daripada kedudukan kelemahan seseorang. Apakah mempergunakan kelemahan seseorang itu dikira wajar?
2.     Tangung-jawab – Orang yang berperibadi ialah orang yang mampu memikul tanggung-jawab. Mereka membuat keputusan dan menentukan untung nasib mereka sendiri dalam kehidupan. Tanggung-jawabnya untuk mengambl risiko dan tetap bertanggong-jawab walaupun kadang-kadang keadaan yang tidak selesa. Memikul tanggung-jawab melibatkan mengambil kira, tidak bodoh, mengambil risiko – bermakna menilai segala pro dan con, kemudian mengambil keputusan atau bertindakan yang tepat.
3.     Berkerja keras – Sukses memerlukan banyak persediaan dan karektor. Semua orang suka akan kemenangan tetapi berapa ramai yang rela melaburkan masa dan tanaga untuk membuat persediaan untuk kemenangan? Ianya memerlukan pengorbanan dan disiplin-diri.Jadi tidak ada gantian untuk kerja keras. Lebih kuat anda berkerja, lebih baik nasib yang anda dapatkan. Profesional melakukan kerjanya nampak mudah kerana mereka telah menguasai asas-asas tentang apa yang mereka lakukan. Kejayaan bukanlah nasib, ianya merupakan hasil daripada kerja keras dan latihan. Kerja keras dan latihan menjadikan seseorang itu lebih baik dalam apa juga perkerjaan yang dilakukan.
4.     Karektor - Karektor merupakan himpunan nilai seseorang, kepercayaan dan keperibadian. Ianya terserlah dalam bentuk kelakuan, pada tindakan-tindakan mereka. Ianya perlu dipelihara lebih daripada permata yang termahal di dunia. Karektor ialah gabungan antara kejujuran, tidak mementingkan diri, kefahaman, keyakinan, keberanian, kesetiaan dan perasaan hormat-menghormati.
5.     Kepercayaan positif – Apa bezanya diantara pemikiran positif dan kepercayaan positif? Pemikiran positif lebih baik daripada pemikiran negatif. Kepercayaan positif adalah tersangat baik daripada pemikiran positif. Kepercayaan positif ialah sikap keyakinan yang datangnya bersama persediaan.
6.     Beri lebih daripada apa yang anda dapat – Kebaikan yang anda dapat ialah: Anda membuatkankan diri anda berharga, tanpa mengira apa yang dilakukan dan dimana anda berkerja. Ianya juga memberikan keyakinan diri kerana semua orang mula melihat dan menerima kehadiran anda. Kepercayaan mula diletakkan kapada anda, ini tanda-tanda penghurmatan mula diberikan kepada anda. Ia juga melahirkan ketaatan diantara orang bawahan dan orang atasan anda. lantas ia membina kerja-sama.
7.     Kuasa ketekunan – Tiada satu akan mengambil tempat ketekunan; bakat tidak, ramai orang berbakat. Genius juga tidak, pendidikan juga tidak, dunia ini penuh dengan manusia terpelajar. Ketekunan ialah kemampuan mengatasi rintangan dan bangun semula dengan cara penyelesaian yang lebih hebat atau berkesan. Cabaran merupakan permainan yang disukai oleh ketekunan. Ketekunan merupakan komitmen menyelesaikan apa yang dimulakan. Mereka yang tekun tidak akan berhenti sebelum tugasannya tercapai.Ketekunan datangnya daripada sebab, hidup tanpa tujuan adalah ibarat buih-buih di lautan.
8.     Bangga dengan kemampuan – Bangga dengan kemampuan tidak mewakili ego. Bangga yang  diwakili dengan kenikmatan dengan kerendahan hati. Mutu kerja dan mutu pembuatnya tidak dapat dipisahkan. Usaha separuh-hati tidak menghasilkan separuh hasil kerja, ianya melahirkan tiada hasil. Kecemerlangan datangnya hasil daripada pembuatnya melakukan yang terbaik. Setiap kerja merupakan gambaran diri si-pembuatnya tanpa mengira apa jenis pekerjaan. Kebanyakan orang lupa akan berapa pantas anda melakukan sesuatu tugasan, tetapi mereka sering mengingati betapa bagusnya kerja itu dilakukan. Jadi adalah lebih baik melakukan tugasan kecil yang bermutu darpada tugasan yang banyak tetapi tidak berkualiti.
9.     Rela untuk menjadi pelajar – Pilihlah mentor anda dengan berhati-hati. Yang boleh memberi panduan dan arah; tunjukkan rasa hurmat, jadilah pelajar yang sentiasa menaruh minat, pelajar yang menarik, kerana semua guru sukakan pelajar yang berminat untuk belajar. Guru yang baik tidak akan memberikan sesuatu untuk diminum, mereka akan membuat anda sentiasa dahaga. Mereka akan meletakkan anda dalam suasana untuk mendapatkan jawapan.

No comments:

Post a Comment